HUKUM MENGGUNAKAN MANI GAJAH MENURUT ISLAM
Saya
sering ditanya oleh para klien yang berminat untuk mengetahui dengan lebih
lanjut perihal Mani Gajah termasuk berkaitan dengan Hukum menggunakan Mani Gajah dalam Islam.
KITA HANYA DITUNTUT BERIKHTIAR DAN BERUSAHA
SECARA MAKSIMUM, YANG MENJAMIN HASIL SEPENUHNYA HANYALAH ALLAH SWT.
Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Kuasa dan
Berkehendak atas segalanya. Menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
laranganNya dan senantiasa selalu mengingat Allah SWT dan memohon hanya
kepadaNya adalah hal yang paling penting dalam memperoleh keselamatan dan
kesejahteraan serta kesuksesan dunia dan akhirat. Yang baik itu datang dari
Allah SWT dan yang buruk itu kelemahan dari diri kita sendiri yang mesti Muhasabah
diri untuk pemulihan diri peribadi di masa yang akan datang.
AL-ASBAABUL
`AADDIYYATU LAA TU`ATSTSIRU FII MUSABBABAATIHAA
Ubat tidak dapat menta`tsirkan atas
kesembuhan, Api tidak dapat menta`tsirkan atas kebakaran, Makan tidak
dapat menta`tsirkan atas kekenyangan dsb. Begitu pula menggunakan Azimat
dsb. tidak dapat menta`tsirkan atas kekayaan, kelancaran usaha, kelancaran
rezeki dsb. Semua itu hanyalah kehendak Allah SWT.
(1)
BARANG SIAPA YANG menekadkan BAHWASANYA UBAT
ITU BOLEH MENYEMBUHKAN DENGAN SENDIRINYA (BUKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT) MAKA
ORANG ITU KUFUR / MURTAD MENURUT SELURUH ULAMA ISLAM (ORANG INILAH YANG DISEBUT
MUSYRIK)
(2)
BARANG SIAPA YANG menekadkan BAHWASANYA UBAT
ITU BOLEH MENYEMBUHKAN DENGAN DAYA KEKUATAN YANG DI TITIPKAN OLEH ALLAH SWT
DIDALAM UBAT ITU MAKA ORANG ITU KUFUR MENURUT SEBAHAGIAN ULAMA DAN TIDAK KUFUR
MELAINKAN FASIQ DAN Mubtadi` MENURUT ULAMA YANG LAIN.
(2)BARANG
SIAPA YANG menekadkan BAHWASANYA UBAT ITU TIDAK BOLEH MENYEMBUHKAN DENGAN
SENDIRINYA MELAINKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH, AKAN TETAPI ORANG ITU menekadkan
ADANYA TALAAZUM `AQLI ANTARA UBAT DAN KESEMBUHAN YAKNI menekadkan TIDAK MUNGKIN
MELESET (MEMASTIKAN SEMBUH) MAKA ORANG ITU ADALAH Jaahil BIHAQIIQOTIL hukmi (
BODOH AKAN HAQIQATNYA HUKUM) DAN KEBODOHAN SEMACAM INI BOLEH MENJURUS KEDALAM
KEKUFURAN.
(3)
BARANG SIAPA YANG menekadkan BAHWASANYA UBAT
ITU TIDAK BOLEH MENYEMBUHKAN DENGA SENDIRINYA MELAINKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH,
SERTA menekadkan TIDAK ADA TALAAZUM `AQLI ANTARA UBAT DAN KESEMBUHAN YAKNI
menekadkan MUNGKIN MELESET (TIDAK MEMASTIKAN SEMBUH) MAKA INSYA ALLAH ORANG INI
TERMASUK DARI GOLONGAN ORANG- ORANG YANG SELAMAT.
Laman ini wajib dibaca oleh anda yang masih
ragu-ragu, kerana sebahagian orang ada yang mengatakan bahawa Azimat, Benda
Bertuah itu haram, musyrik, mengandung jin kafir dan sebagainya. Jika kita faham
hakikatnya, maka semua jadi biasa saja. Tidak ada yang istimewa apalagi sampai
diharamkan, kerana semua itu hanya sarana usaha batiniah kita saja, yang
tentunya dibarengi oleh usaha lahir yang maksimum pula, agar mendapatkan hasil
yang optimum.
Kontroversi mengenai halal - haram
menggunakan Azimat, Benda Bertuah, dsb sudah menjadi suatu perkara yang biasa
dalam agama, sudah berlaku sejak ratusan tahun lalu, dan sampai sekarang semua
kumpulan yang saling bertentangan tetap mempertahankan pendapatnya
masing-masing.
Ajengan / Kyai / Ulama tidak memaksa anda
untuk mengikuti keyakinannya. Semua kembali kepada hati nurani anda sendiri,
terserah mana yang akan anda ikuti. Di sini hanya akan dijelaskan keyakinan
para Ajengan / Kyai / Ulama. Selama kita yakin bahawa Allah SWT-lah
satu-satunya penguasa, dan kita yakin segala peristiwa di dunia ini terjadi
hanya kerana kehendak Allah. Maka tidak perlu lagi penjelasan rumit yang
panjang lebar mengenai kemusyrikan. Kerana inti dari aqidah tauhid hanyalah
satu, iaitu meng-ESA -kan Allah SWT sebagai Maha Kuasa, sumber dari segala
sesuatu, termasuk sumber dari kekuatan Azimat, Benda Bertuah, dsb.
Di dalam Azimat atau Benda Bertuah terkandung
khodam, iaitu mahluk gaib dari bangsa jin atau malaikat sebagai perantara
adanya kekuatan ghaib. Ada juga Azimat / Benda Bertuah yang didalamnya hanya
terkandung tenaga, tidak ada makhluk hidup didalamnya. Namun pada hakikatnya
malaikat, jin mahupun tenaga adalah ciptaan Allah SWT, yang selalu terikat oleh
hukum dan kehendak Allah. Bersemayamnya malaikat, jin atau tenaga pada suatu
benda adalah kehendak Allah. Sedangkan manusia yang membuat Azimat atau Benda
Bertuah itu hakikatnya hanyalah memohon kepada Allah dengan cara-cara khusus
yang diyakini boleh mengisikan tenaga ke dalam suatu benda.
Sebagai pelengkap, kami sertakan dalil-dalil
yang mengatakan adanya kekuatan pada benda mati, yang tidak lain adalah
kekuatan dari Allah. Pada hakikatnya Benda Bertuah hanyalah sarana, sedangkan
yang menjadi segala sumber kekuatan hanyalah Allah. Iaitu berupa baju gamis
milik Nabi Yusuf.
ALLAH berfirman: "Pergilah kamu dengan
membawa baju gamisku ini lalu letakkanlah baju gamisku ke wajah ayahku (Yakub
AS) nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya
kepadaku" (Surah Yusuf ayat 93).
Baju gamis yang tak lain adalah benda mati,
menjadi perantara akan kesembuhan Nabi Yakub, ayah dari Nabi Yusuf. Semua ini
berlaku kerana kehendak Allah, baju gamis milik Nabi Yusuf itu tidak mempunyai
kekuatan sendiri, melainkan semua kekuatan itu datang dari Allah.
Dari 'Aisyah ra dia berkata: "Adalah
Rasulullah SAW apabila seseorang mengadu sakit atau ada yang punya bisul /
kudis atau luka, maka baginda berkata dengan jari-jarinya seperti ini (Dan
Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) dan baginda
berkata," dengan Nama ALLAH, inilah debu tanah kami, dengan ludahan
sebahagian kami, agar orang sakit kami disembuhkan, dengan izin Rabb kami.
"(HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad).
Dengan memahami ini, jelas bahawa kekuatan
ghaib yang ada dalam suatu benda adalah kehendak Allah. Bergantung bagaimana
kita menyikapinya, jika kita meyakini bahawa benda itu mempunyai kekuatan
sendiri yang boleh bertindak diluar kuasa Allah, inilah yang syirik. Namun jika
kita memandang adanya energy ghaib pada suatu benda sebagai wujud dari
kekuasaan Allah, maka ini boleh menjadi pencetus kuatnya iman kita.
Mengamalkan doa-doa, hizib dan memakai azimat
pada dasanya tidak lepas dari ikhtiar / usaha atau usaha seorang hamba, yang
dilakukan dalam bentuk doa kepada Allah SWT. Jadi sebenarnya, membaca hizib,
dan memakai azimat, tidak lebih sebagai salah satu bentuk doa kepada Allah SWT.
Dan Allah SWT sangat menganjurkan seorang hamba untuk berdoa kepada-Nya. Allah
SWT berfirman:
اُدْعُوْنِيْ أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kamu, niscaya Aku akan
mengabulkannya untukmu”. (QS al-Mu’min: 60)
Ada beberapa dalil dari hadits Nabi yang
menjelaskan kebolehan ini. Diantaranya adalah:
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الأشْجَعِي، قَالَ:” كُنَّا نَرْقِيْ فِيْ
الجَاهِلِيَّةِ، فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ؟
فَقَالَ: اعْرِضُوْا عَلَيّ رُقَاكُمْ، لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ
يَكُنْ فِيْهِ شِرْكٌ
الجَاهِلِيَّةِ، فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ؟
فَقَالَ: اعْرِضُوْا عَلَيّ رُقَاكُمْ، لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ
يَكُنْ فِيْهِ شِرْكٌ
Dari Auf bin Malik al-Asja’i, ia meriwayatkan
bahwa pada zaman Jahiliyah, kita selalu membuat azimat (dan semacamnya). Lalu
kami bertanya kepada Rasulullah, bagaimana pendapatmu (yaa Rasul) tentang hal
itu. Rasul menjawab, ”Cuba tunjukkan azimatmu itu padaku. Membuat azimat
tidak apa-apa selama di dalamnya tidak terkandung kesyirikan.” (HR Muslim
[4079]).
Dalam At-Thibb an-Nabawi, al-Hafizh
al-Dzahabi menyitir sebuah hadits:
Dari Abdullah bin Umar, bahwa Rasulullah SAW
pernah bersabda,
”Apabila salah satu di antara kamu bangun
tidur, maka bacalah (bacaan yang ertinya): Aku berlindung dengan
kalimat-kalimat Allah SWT yang sempurna dari kemurkaan dan siksaan-Nya, dari
perbuatan jelek yang dilakukan hamba-Nya, dari godaan syetan serta dari
kedatangannya padaku. Maka syetan itu tidak akan dapat membahayakan orang
tersebut.”
Abdullah bin Umar mengajarkan bacaan tersebut
kepada anak-anaknya yang baligh. Sedangkan yang belum baligh, ia menulisnya
pada secarik kertas, kemudian digantungkan di lehernya. (At-Thibb an-Nabawi,
hal 167).
Dengan demikian, hizib atau azimat dapat
dibenarkan dalam agama Islam. Memang ada hadits yang secara tekstual
mengindikasikan keharaman menggunakan azimat, misalnya:
عَنْ عَبْدِ اللهِ قاَلَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إنَّ الرُّقًى وَالتَّمَائِمَ وَالتَّوَالَةَ شِرْكٌ
وَسَلَّمَ إنَّ الرُّقًى وَالتَّمَائِمَ وَالتَّوَالَةَ شِرْكٌ
Dari Abdullah, ia berkata, Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda, “‘Sesungguhnya hizib, azimat dan pelet, adalah
perbuatan syirik.” (HR Ahmad [3385]).
Mengomentari hadits ini, Ibnu Hajar, salah
seorang pakar ilmu hadits kenamaan, serta para ulama yang lain mengatakan: “Keharaman
yang terdapat dalam hadits itu, atau hadits yang lain, adalah apabila yang
digantungkan itu tidak mengandung Al-Qur’an atau yang semisalnya. Apabila yang
digantungkan itu berupa dzikir kepada Allah SWT, maka larangan itu tidak
berlaku. Kerana hal itu digunakan untuk mengambil barokah serta minta
perlindungan dengan Nama Allah SWT, atau dzikir kepada-Nya.” (Faidhul
Qadir, juz 6 hal 180-181).
lnilah dasar kebolehan membuat dan
menggunakan amalan, hizib serta azimat. Kerana itulah para ulama salaf semisal
Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyyah juga membuat azimat.
A-Marruzi berkata, "Seorang perempuan
mengadu kepada Abi Abdillah Ahmad bin Hanbal bahawa ia selalu gelisah apabila
seorang diri di rumahnya. Kemudian Imam Ahmad bin Hanbal menulis dengan
tangannya sendiri, basmalah, surat al-Fatihah dan mu'awwidzatain (surat
al-Falaq dan an-Nas). "Al-Marrudzi juga menceritakan tentang Abu Abdillah
yang menulis untuk orang yang sakit panas, basmalah, bismillah wa billah wa Muhammad
Rasulullah, QS. al-Anbiya: 69-70, Allahumma rabbi Jibrila dst. Abu Dawud
menceritakan, "Saya melihat azimat yang dibungkus kulit di leher anak Abi
Abdillah yang masih kecil." Syaikh Taqiyuddin Ibnu Taimiyah menulis QS
Hud: 44 di dahi orang yang mimisan (keluar darah dari hidungnya), dst.
"(Al-Adab asy -Syar'iyyah wal Minah al-Mar'iyyah, juz II hal 307-310).
Namun tidak semua doa-doa dan azimat dapat
dibenarkan. Setidaknya, ada tiga ketentuan yang harus diperhatikan :
(1) Harus menggunakan Kalam Allah SWT, Sifat Allah, Asma Allah SWT ataupun
sabda Rasulullah SAW; (2) Penggunaan bahasa Arab ataupun bahasa lain
yang dapat difahami maknanya; (3) Tertanam keyakinan bahawa ruqyah itu
tidak dapat memberi pengaruh apapun, tapi (apa yang diinginkan dapat terwujud)
hanya kerana takdir Allah SWT. Sedangkan doa dan azimat itu hanya sebagai
salah satu sebab saja.” (Al-Ilaj bir-Ruqa
minal Kitab was Sunnah, hal 82-83).
Begitu pula dengan menggunakan mani gajah
yang tergolong dalam benda, namun Anda harus mempunyai keyakinan dalam
menggunakan mani gajah hanya lah sebuah perantara, dan selalu yakini dalam hati
Anda bahwa kesuksesan yang Anda dapatkan nantinya adalah hasil Anugerah Allah
SWT, bukan kerana benda ini.
Dengan segala kerendahan hati, Atas Kuasa dan
Kehendak Allah SWT, kami Insya Allah di Anugerah Agung Spiritual Development
Centre akan membuka tabir keajaiban dari
setiap ayat, doa, mantera, dan kejadian alam yang menimbulkan energi supernatural
luar biasa, kemudian mentransfer dan menyimpannya dalam media yang tepat dan
layak, maka atas kehendak Allah SWT, terciptalah Mustika Aji Mantra / Pegangan
Spiritual dari tangan leluhur, Ajengan, Maha Guru yang berguna untuk berbagai
macam keperluan hidup dan praktikal, mudah, selamat ara penggunaannya.